Salam Perkenalan,
Pertama sekali saya ucapkan jutaan terima kasih atas kesudian para bloggers menjengah masuk ke laman blog saya dan memberikan komen atas 'Pembisaan' diri saya sebagai calon Presiden UMNO Malaysia untuk pemilihan UMNO kali ini. Saya tidak menggunakan istilah 'penawaran' kerana bimbang apa yang cuba saya bawa akan menjadi tawar setawar penawaran tersebut. Jesteru itu, saya menggunakan istilah 'PEMBISAAN' sebagai gantinama kepada istilah penawaran diri yang biasa digunakan oleh mana ahli yang hendak bertanding dalam pemilihan UMNO.
'Tagline' yang akan saya gunakan ialah 'IKHLAS'. Ikhlas berjuang, ikhlas bertanding demi kelangsungan politik UMNO yang kian hancur dek tangan-tangan kotor yang berlagak bersih dewasa ini. Saya ahli biasa yang memegang jawatan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Arau yang juga membayar yuran RM1 sebagaimana calon Presiden UMNO dan AMT UMNO yang ada sekarang ini. Bukanlah orang yang kaya harta tetapi setakat ini saya tetap menjunjung perlembagaan UMNO dalam setiap perlakuan saya sebagai ahli UMNO. Oleh yang demikian, amatlah diharapkan tiada yang mempertikaikan hak saya sebagai ahli untuk bertanding sebarang jawatan parti walaupun saya tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh seperti pemimpin kasta tinggi UMNO yang ada sekarang ini.
Tujuan saya membisakan diri untuk bertanding atas tiga faktor:
1) Untuk menentang RASUAH dalam politik UMNO, walaupun istilah ini disempitkan dengan panggilan 'politik wang' tetapi jika kita merujuk kepada BPR, nyata ia adalah jenis RASUAH yang makin sukar dibendung oleh mana-mana ahli dalan parti UMNO hari ini. Hampir kesemua pemimpin UMNO yang hendak bertanding tidak dapat lari dari menggunakan wang sebagai sogokan material yang 'wajib' sehingga ia memberi kesan paling buruk dalam perjuangan parti ini. Dari Presiden UMNO hingga kepada pemimpin kasta bawah juga tegar menjadikan wang sebagai 'main-point' untuk membuka mulut dan salam perjuangan.
2) Untuk menentang KASTA politik yang sengaja diwujudkan oleh pimpinan tertinggi UMNO yang memegang KASTA UMNO BRAHMIN dengan tujuan kedudukan semasa mereka tidak digugat oleh ahli KASTA UMNO PARIA yang juga membayar yuran yang sama. Sebagai contoh bila kita baca tentang penawaran diri seorang Ketua Cawangan UMNO untuk jawatan Naib Presiden, terus sahaja pemimpin KASTA UMNO BRAHMIN memperlekehkan hasrat murni dengan alasan apa yang cuba dibawa tak menepati apa yang dikehendaki umum. Bahkan ada juga kenyataan oleh pemimpin KASTA UMNO BRAHMIN ini untuk ketua cawangan tersebut agar mengukur baju di badan sendiri sebelum bercakap soal merebut jawatan tertinggi parti. Apakah pemimpin KASTA UMNO BRAHMIN ini membayar yuran keahlian sebanyak RM 3000 dan ketua cawangan tersebut sekadar mampu membayar yuran RM1? Saya komited untuk menghapuskan sistem kasta yang sengaja diwujudkan oleh pimpinan tertinggi bagi menafikan hak ahli untuk turut sama bertanding bagi mana-mana jawatan tanpa sebarang prejudis. Ingat UMNO berdiri atas dasar perjuangan Agama Islam dan aMelayu yang tulus dan murni, Usah biarkan tangan-tangan celaka yang bersembunyi atas nama pemimpin terus menghancurkan perjuangan yang kita bina sekian lama.
3) Untuk menentang kewujudan pasukan-pasukan tertentu dalam pemilihan UMNO kerana kita lihat implikasi buruk yang menimpa UMNO apabila pasukan-pasukan yang diwujudkan ini sebagaimana yang berlaku era awal 90-an. UMNO terus berpech hingga ke hari ini. Apa yang cuba ditunjukkan dan dipaparkan adalah RETORIKAL POLITIK BUSUK pemimpin-pemimpin sedia. Akar umbi sahaja yang berhak untuk menentukan soal siapa layak memilih dan bertanding, bukan pemimpin-pemimpin celaka yang bergelumang dengan dosa politik dan syarak untuk memastikan UMNO kekal relevan kepada umat Melayu untuk seratus tahun lagi.
Secara konklusinya, saya tahu apa yang akan terjadi kepada saya selepas ini akibat 'pembisaan' diri saya sebagai calon Presiden UMNO untuk pemilihan kali ini. Saya tetap seorang yang setia kepada perjuangan dan tak gentar apa jua kesan sama ada buruk atau baik, menang atau kalah, bangun atau rebah, namun kesetiaan saya kepada perjuangan parti keramat ini takkan luntur sama sekali. Kepada ahli UMNO sama ada setuju atau tidak setuju, kata telah saya lafazkan, hujah telah saya nyatakan, jentera sudah mula bergerak, maka selepas ini siapa yang tertampar atau ditampar harap semua akan menerima dengan hati terbuka. Buktikan demokrasi masih berkembang subur dalam UMNO. Saya nantikan komen anda. Apa saja komen akan saya terima walaupun buruk kejian, cercaan atau baik madah, cantik pujian takkan saya padamkan. Silakan...
saya mohon membisakan diri...,
34 comments:
kah kah kah kah.....selamat raya...kah kah kah
selamat pada kau ... selamat hari raya ... kahkahkahkah
salam hari rayer...
kah kah kah..
tak per..
saya akan terus menyokong anda sebagai presiden umno ....
kah kah kah....
r u serious???
i will support u!!!
hope u will gives the best thing to malaysian.... especially MELAYU....
do ur own style.....
Salam!
thx 4 comments!
saya serius bukan melawak, tunggu kenyataan saya dalam sidang media petang ini yang dijangka keluar pada malam ini di tv. Insya Allah, kalau akar umbi faham, mereka akan buat pilihan terbaik..kalau akar umbi kekal mahu diperbodohkan oleh pemegang kasta brahmin maka kita sudah tahu kesudahannya...
thx!
Salam Tuan Sekilogram..Selamat Berjaya :).
Tuan Garam..Saya rasa kalau tuan garam pakai spek mata hitam baru mengancam mcm Salman Khan..Hidup Tuan Garam..Satu undi utk Tuan Garam..my Lord Salt..:)
Ismail Bangsawan tarik diri tanding Presiden
KANGAR: Pelakon bangsawan dan penggiat teater Perlis, Ismail Hashim, menarik balik hasratnya bertanding jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti Mac depan, kira-kira 24 jam selepas menawarkan diri untuk berbuat demikian.
Keputusan itu dibuat Ismail yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian Arau, selepas mengambil kira pelbagai maklum balas termasuk kritikan diterima sepanjang tempoh 24 jam selepas pengumumannya semalam.
Ismail atau lebih dikenali sebagai 'Mail Bangsawan' berkata selepas berita mengenai hasratnya bertanding disiarkan akhbar, ramai rakan seperjuangan dalam Umno terutama dari Perlis menghubunginya.
"Ada yang marah dan ada yang memuji hasrat saya itu. Bagaimanapun, ramai yang meminta saya menimbang dan menilai semula hasrat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Umno negeri di Pangkalan Assam di sini, hari ini.
Mengapa harus mengalah!
Salam Tuan Tanah..
Baru nak komen, dah tarik diri!
Apapun, selamat datang ke dunia blogger!
hampeh btol ..
cakap berdegar2 ... baru kasi pressure sket dah tarik diri ...
tu blom jadik cam Pak Lah kene pressure kiri kanan depan belakang ...
ni konpem blog ni langsung tak update nih ...
hangat hangat tahi ayam jer nih!!
bro,
syabas...
diharapkn lebih ramai membisakan diri..
lepas dpt duit.. semua tarik diri..
Selamat Berjuang tuan...
Salam Para Blogger,
Minta maaf atas apa yang telah berlaku, saya akan ulas secara terperinci sebab-sebab mengapa saya menarik diri selepas ini. Secara umumnya, memeang susah bila kasta rendah membisakan diri bertanding merebut jawatan tinggi parti kerana terbukti UMNO parti yang mementingkan kasta... natikan ulasan saya. Insya Allah blog ini akan terus hidup...
tq!
Salam,
apa yang disiarkan oleh TV semalam hanya sedikit dari sebanyak perkara yang saya cakap, malangnya sekali lagi TV pro kerajaan memainkan peranan untuk menidakkan syarat-syarat yang telah saya berikan sebelum menarik diri. Apa yang disiarkan di akhbar pun tidak measukkan semua perkara yang telah saya gariskan sebelum penarikan diri dibuat.
harap maklum.
tq!
salam tuan garam..
baru tahu ker..kita org dah lama dah tahu media2 pro kerajaan nie banyak menbelit dari yg benar...
kalau dah tahu umno cam tue.. buat aper lagi duduk lama2 dlm umno tue..
ader masyuk2 ker?
kah kah kah kah......
Dah tu, bilernyer nak buat penjelasan terperinci?? Blog dah ader, jelaskan jer la sebab apa tarik diri??
Takut kaaa??? Kalo takut dengan risiko tak payah cerita la pasal perjuangan pakcik garam oiii!!!
sebab takut dengan risiko lah pakcik garam tarik diri...
kah kah kah kah
Salam Bloggers!
Saya minta maaf kerana tidak dapat kemaskini blog ini kerana telah disekat oleh individu tertentu yang dengki dan hasad. Google telah 'lock' blog kecil ini. Tak tahulah siapa yang melakukan kerja 'mulia' ini. Semoga Allah membalas kebaikan kepadanya...AAmiiiin...
tq!
kah kah muje maaf karte. tak faham . tapi baguih ....
biasa lah tue...
bukan pakcik garam sorang je yg kena..
ramai yg dah kena lock dah...
saya pun dah kena...
sudah2 lah dgn umno tue...
masuk MIC lagi bagus....
kah kah kah
Gila
pakcik garam,
dah tak cukup org IT nak tolong pakcik garam ker?
bila nak update nih?
cukup pedas sekali tulisan anda.
Selalu aku dengar perkataan ihklas
di guna kan untuk sesuatu tujuan.
Cuba terang keihklasan macam mana yang di maksudkan itu.
Yang selalu aku dengar,
Apa yg parti boleh beri pada kita?
tidak kah kita harus bertanya,apa yang kita boleh buat untuk parti...
salam
Salam semua,
sabarlah, saya akan beri komen selepas situasi semasa lebih 'cool' sikit....
tq!
Dicadangkan join PSM, pastu tanding jawatan presiden.
aiks Pakcik Garam ...
Kalo nak jadi Presiden UMNO merangkap PM Malaysia, maner boleh tunggu cool!
Cerita yg tengah panas tulah press tanya dan kene jawab time tu jugak ...
Kalo takut nak jawab, maka saya rasa Pakcik Garam kene muhasabah la diri tu sket ...
Layak ke jadi Presiden UMNO aka PM??
kira hang hebatlah mail ... harap-harap satu ari hang dapatlah yang hang idamkan ... daptlah kita sama-sama merasa bila hang dah naik nanti. tapi apa-apa pun sedikit sebanyak telah membuka peluang kepada ahli-ahli umno yang membayar rm 1 . namun semua cabaran dan rintang yang datang perlu dihadapi dengan sabar dan tenang ... kami warga kuala lumpur mengalu-alukan dan sentiasa berdiri di belakang mail ... jalal lembah pantai
aku baru tau.
kahkahkahkah
Dah senyap dah pakcik garam nih ...
Garam dah lebur dalam sungai kelang ...
Post a Comment